Untuk staf yang login · Maksimum 3 fail, 8 MB setiap fail
Buka fail untuk menyemak teks yang akan dihantar bersama pertanyaan. PDF imbasan dan gambar belum disokong.
Nexus kini dalam fasa beta. Ketepatan dan liputan jawapan sedang diuji. Semak pautan sumber yang dipaparkan untuk maklumat rasmi dan laporkan jawapan yang tidak tepat kepada pihak sekolah.
Nexus Public menggunakan maklumat sekolah yang telah diterbitkan, termasuk organisasi, e-mel DELIMa untuk urusan rasmi, takwim, kokurikulum, Galeri Aktiviti dan laporan OPR. Pautan hanya diberikan untuk kandungan yang tersedia secara awam.
Jangan masukkan maklumat peribadi, rekod murid, kehadiran individu atau data dalaman sekolah. Nexus tidak menyediakan senarai hubungan rasmi secara pukal dan tidak mendedahkan nombor telefon peribadi, alamat rumah atau nombor pengenalan.
Pertanyaan dihantar melalui pelayan Nexus kepada penyedia model AI untuk menghasilkan jawapan. Sehingga lapan mesej terkini digunakan sementara dalam tab ini supaya Nexus dapat memahami soalan susulan.
Staf yang login boleh melampirkan PDF bertulis, DOCX, XLSX dan CSV. Fail asal dibaca dalam browser; teks yang dipaparkan dalam pratonton dihantar kepada pelayan Nexus dan penyedia AI bersama pertanyaan selepas persetujuan pengguna. Jangan lampirkan kelayakan atau pengenal peribadi murid. Fail upload ialah sumber pengguna yang belum disahkan, bukan rekod rasmi connector. Nexus tidak menyimpan fail asal; teks lampiran dibersihkan daripada tab apabila chat atau akaun bertukar. Terma pemprosesan penyedia AI turut terpakai kepada teks yang dihantar.
Nexus Internal membaca rekod melalui connector mengikut akses staf. Ringkasan kehadiran dan PBD dihantar kepada model sebagai statistik agregat tanpa nama murid. PBD merangkumi import rasmi SPPB bagi kitaran yang dinyatakan; rekod transit, UASA dan nama murid PBD belum disediakan. Pautan sumber perlu disemak sebelum maklumat digunakan dalam laporan rasmi.
Sejarah Nexus Public dan Nexus Internal digunakan sementara dalam memori tab. Sejarah dibersihkan apabila akaun bertukar, pengguna log keluar atau halaman dimuat semula.
Notis disemak pada 7 Oktober 2026 dan disemak semula apabila modul baharu mengubah kategori data, tujuan penggunaan, penerima, tempoh penyimpanan atau lokasi pemprosesan. Untuk pertanyaan berkaitan privasi atau penggunaan data, hubungi xba2157@moe.edu.my.
Sunting kandungan, kemudian pilih format untuk muat turun.
Kekalkan tanda jadual Markdown supaya jadual kekal tersusun dalam fail.